Archive for January, 2022

Mesyuarat Agung YAKEP Kali Ke-21

Alhamdulillah…. Pada 31 Disember 2021 bersamaan 26 Jamadilawal 1443H, telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP) kali ke-21. Majlis telah diadakan di Dewan Seminar Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, Masjid Jamek Tok Jiring. Majlis tersebut telah disempurnakan Majlis Perasmiannya oleh YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim yang juga merupakan Adun Tepoh.

Pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh setiap lajnah sepanjang tempoh tersebut. Antaranya kerja-kerja pembinaan bangunan Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya Penglihatan (MTOKUMP) dan beberapa kerja-kerja pembinaan di Masjid Jamek Tok Jiring yang berada dibawah ruang lingkup Lajnah Pembangunan dan Pengurusan Aset.

Manakala bagi Lajnah pendidikan pula melaporkan tiga buah institusi yang bernaung dibawah YAKEP iaitu Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), MTOKUMP dan Pusat Tahfiz al-Itqan Darul Iman (PTI). Alhamdulillah, semua institusi ini telah mempamerkan prestasi yang cemerlang baik dari segi akademik mahupun pencapaian hafazan. Semoga lebih ramai huffaz profesional yang dilahirkan menjelang tahun-tahun mendatang.

Selain itu, beberapa lajnah lain turut aktif melaksanakan program contohnya Lajnah Penerbitan telah menerbitkan 4 buah buku dan 2 buah buku sedang dalam proses semakan sebelum dicetak iaitu :

  1. Covid19 : Amaran Dari Allah
  2. Keluarga Mawaddah & Rahmah
  3. Mendaki Hingga Ke Puncak
  4. Jangan Undur
  5. Mahkota Pendakwah (Dalam Proses Cetakan)
  6. Umat Yang Terbaik (Dalam Proses Cetakan.

YAKEP juga sentiasa berusaha menjaga kebajikan dan ukhuwah dikalangan anggota dan masyarakat Islam khasnya. Ia telah diditerapkan melalui Lajnah Pembangunan Keluarga, Lajnah Kebajikan & Masyarakat, Lajnah Komunikasi dan Hubungan Luar, Lajnah Dakwah & Kepimpinan, Lajnah Kewangan dan Ekonomi, Lajnah Penerangan, Media dan IT serta Lajnah Pemerkasaan Organisasi. Semua lajnah ini memainkan peranan yang penting dalam mencapai visi dan misi penubuhan YAKEP selaran dengan nama yang telah didaftarkan. InsyaAllah

27/01/2022 at 15:21 Leave a comment