Archive for October, 2015

Rehlah Keluarga YAKEP 2015

Alhamdulillah…. Walaupun masih dalam fasa pembangunan, Pusat Dakwah & Rekreasi  Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP) telah dipilih sebagai tapak program Rehlah Keluarga YAKEP bagi tahun 2015. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sama-sama bergotong-royong dan bekerjasama dalam penyediaan tapak program Rehlah Keluarga YAKEP 2015.

20151003174317

Lebih 100 orang peserta yang terdiri dari ahli gabungan YAKEP beserta keluarga telah menyertai program ini yang berlangsung pada 03 Oktober 2015. Pelbagai aktiviti menarik juga telah tersedia bersesuaian dengan setiap peringkat umur seperti pertandingan melastik, anyam ketupat, mewarna dan acara “musang berjanggut” iaitu acara mengasingkan rempah ratus yang dicampur didalam satu bekas.

20151003174331

Akhir sekali, ucapan syukur yang tidak terhingga terhadap Maha Pencipta dengan keadaan cuaca yang amat baik pada hari tersebut telah membantu kelancaran program Rehlah Keluarga YAKEP. InsyaAllah, tapak Pusat Dakwah & Rekreasi akan terus dibangunkan dari semasa ke semasa dan bakal menjadi tempat tumpuan umum dengan lokasi yang strategik di tepian Sungai Kuala Nerus.

20151003174348

07/10/2015 at 20:33 Leave a comment