Selamat Datang Pelajar Baru MTT 2016

Selamat Datang & Selamat Memulakan Sessi Persekolahan 2016 Kepada Semua Pelajar Baru Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) Daripada Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP). Semoga kalian semua memperoleh ilmu yang mampu memberi manfaat kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. InsyaAllah…

1385017_10153957093813738_1881269942295735426_n

Advertisements

04/01/2016 at 13:16 Leave a comment

Rehlah Keluarga YAKEP 2015

Alhamdulillah…. Walaupun masih dalam fasa pembangunan, Pusat Dakwah & Rekreasi  Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP) telah dipilih sebagai tapak program Rehlah Keluarga YAKEP bagi tahun 2015. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sama-sama bergotong-royong dan bekerjasama dalam penyediaan tapak program Rehlah Keluarga YAKEP 2015.

20151003174317

Lebih 100 orang peserta yang terdiri dari ahli gabungan YAKEP beserta keluarga telah menyertai program ini yang berlangsung pada 03 Oktober 2015. Pelbagai aktiviti menarik juga telah tersedia bersesuaian dengan setiap peringkat umur seperti pertandingan melastik, anyam ketupat, mewarna dan acara “musang berjanggut” iaitu acara mengasingkan rempah ratus yang dicampur didalam satu bekas.

20151003174331

Akhir sekali, ucapan syukur yang tidak terhingga terhadap Maha Pencipta dengan keadaan cuaca yang amat baik pada hari tersebut telah membantu kelancaran program Rehlah Keluarga YAKEP. InsyaAllah, tapak Pusat Dakwah & Rekreasi akan terus dibangunkan dari semasa ke semasa dan bakal menjadi tempat tumpuan umum dengan lokasi yang strategik di tepian Sungai Kuala Nerus.

20151003174348

07/10/2015 at 20:33 Leave a comment

Gotong Royong Pusat Dakwah & Rekreasi

Menjelang Rehlah Keluarga YAKEP yang akan berlangsung pada 3 Oktober 2015, satu program gotong-royong telah dibuat pada 16 September 2015 di tapak Pusat Dakwah & Rekreasi YAKEP di tepian sungai Kuala Nerus. InsyaAllah, kawasan tersebut akan dibangunkan dari semasa ke semasa untuk menjadi sebuah pusat Dakwah & Rekreasi yang menarik untuk dikunjungi.

20150919230636 20150919230640

20/09/2015 at 20:21 Leave a comment

Komuniti Sosial Meraikan Anak Yatim (University Taylor, Yayasan Amal dan YAKEP)

Alhamdulillah, pada 31 Mei yang lalu, satu program komuniti sosial meraikan sejumlah 44 orang anak yatim telah berlangsung di Dewan Seminar, Masjid Jamek Tok Jiring. Program bersama University Taylor, Yayasan Amal Cawangan Terengganu (YAMCT) dan Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP) ini berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu yang diraikan.

11224268_1139655952727352_3362459486822074464_n

11351160_10153327039269691_6524681660115312252_n

Delegasi yang diketuai oleh Dr. Najihah binti Dr Daeng Sanusi itu hadir bersama-sama 33 orang mahasiswa dan mahasiswi serta 8 orang pegawai yang lain. Menurut ketua delegasi, ini adalah projek pertama yang dirancang oleh pelajar-pelajar daripada Fakulti Kulinari, Hospitalili dan Pelancongan yang merupakan salah satu subjek praktikal yang perlu dilalui oleh para pelajar sebelum menempuh alam kerjaya.  Menurut Dr.Najihah lagi, program ini juga adalah slot terakhir dalam siri program mereka di Terengganu.

11390302_1139655259394088_4485118789479131638_n

Antara aktiviti dalam program ini adalah indoor game dan juga sesi penyampaian sumbangan berbentuk hamper barangan kelengkapan, wang tunai, pek sumbangan EtiQa Insurance, peralatan sekolah dan juga bungkusan biskut istimewa yang disediakan oleh pelajar Taylor University yang terlibat dalam program tersebut. Keceriaan jelas tergambar diwajah anak-anak yang menerima sumbangan dan penghargaan tersebut. “InsyaAllah, kita akan bekerjasama lagi dengan pihak YAMCT untuk program-program mendatang”, tambah Dr. Najihah.

11393061_1139655719394042_4809991996309083881_n

Sementara itu, naib pengerusi YAMCT, En Che Salmi Che Ibrahim sentiasa mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi tujuan kebajikan kepada masyarakat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Taylor University. .

11329995_1139654866060794_8077283132804927153_n

09/06/2015 at 13:02 Leave a comment

Mesyuarat Agong Tahunan YAKEP Kali Ke-15

Selesai sudah Mesyuarat Agong Tahunan Yayasan Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP) kali ke-15 yang berlangsung pada 4 Mac 2015 di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Mesyuarat Agong YAKEP (04032015)

Program dimulakan dengan Ucap Utama Yand Dipertua (YDP) YAKEP pada jam 9.30 pagi dan agenda Mesyuarat Agong diteruskan selepas sessi minum pagi. Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.

Mesyuarat Agong YAKEP (04032015) 2

05/03/2015 at 09:33 1 comment

Rehlah Keluarga YAKEP 2015

AiDmWxIlwtMRGzIFuqhLxwFkJLj1DQfjgrMohsneotdo

Salah satu agenda tahunan Yayasan Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP) adalah Rehlah Keluarga yang melibatkan entiti yang bernaung dibawah YAKEP. Jika tahun-tahun sebelumnya, Rehlah YAKEP diadakan di sekitar Terengganu, namun pada tahun 2015, pihak penganjur telah memilih Madrasatul Tahfiz Aulad, Pondok Sungai Kenerong, Kampung Stong, Dabong Kelantan pada 19 Februari 2015 yang lalu.

Alhamdulillah, walaupun perjalanan agak jauh, namun matlamat program untuk meninjau keajaiban kawasan yang dilanda banjir pada awal tahun 2015 itu tercapai. Rombongan tiba semula di perkarangan MTT sekitar jam 2.00 pagi.

27/02/2015 at 20:55 Leave a comment

Hari Penerangan YAKEP

Pada 12/02/2015, telah berlangsung satu program yang dinamakan Hari Penerangan YAKEP anjuran Lajnah Penerangan & Hubungan Luar, Ustaz Awang Embong di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Majlis yang berlangsung bermula pada jam 3.00 petang itu melibatkan semua guru dan kakitangan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, jawatankuasa YAKEP dan ahli-ahli yang bernaung dibawah YAKEP.

IMG_20150212_155853[1]

Program yang lebih menjurus kepada penerangan mengenai organisasi-organisasi dibawah YAKEP itu dimulakan dengan pengenalan dan sejarah ringkas YAKEP sebagaimana berikut :

YAKEP atau nama panjangnya Yayasan Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Terengganu adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah didaftarkan pada 30 Ogos 2001 dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Nama YAKEP pada awal penubuhannya adalah Pertubuhan Kebajikan Dan Pemangunan Pendidikan Terengganu (PEKEPIT) yang beroperasi di Batu Enam. Pada 2002, perkataan ‘Pertubuhan’ ditukar ganti kepada ‘Yayasan’ dan membawa kepada singkatan YADIN dan pada 2003 ia ditukar kepada YAKEP dan kekal hingga sekarang.

Turut dijelaskan visi YAKEP untuk menjadi sebuah organisasi kebajikan dan pendidikan yang berdikari serta tempat rujuk masyarakat. Manakala Visinya pula adalah membantu melahirkan dan membangunkan institusi pendidikan Islam di Terengganu serta menjaga kebajikan masyarakat dalam mendapat pendidiikan yang sempurna. Maklumat lanjut mengenai YAKEP boleh didapatkan dalam RISALAH YAKEP DISINI.

Majlis diteruskan dengan pengenalan organisasi yang bernaung dibawah YAKEP iaitu Maahd Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Pondok Pertanian Darul Hadith (PPDH), Markaz Islami (Masjid), Pustaka Damai, Berakan Education Centre Sdn Bhd dan Pusat Dakwah.

IMG_20150212_154409[1]

Antara intipati yang diperoleh menerusi penjelasan Ustaz Muzaihar Kamal selaku wakil MTT yang menyebut bahawa MTT adalah kesinambungan daripada Institut Berakan (IB) yang bukan hanya sebuah sekolah semata-mata tetapi sebuah Markaz Pendidikan yang berdaya saing. Beliau juga memberi penekanan bahawa MTT bukan hanya tertumpu kepada akademik dan hafazan semata-mata, tetapi juga mengaplikasikan elemen menghafaz, mendalami dan mengamalkan ajaran didalam al-Quran. Semestinya, impian untuk melihat MTT terus maju ke peringkat yang lebih tinggi dan bersaing dengan sekolah dan institusi pendidikan lain sebagaimana persaingan yang ada pada zaman Institut Berakan suatu ketika dahulu.

IMG_20150212_154921[1]

Ustaz Hamdan yang mewakili Pustaka Damai pula menceritakan sejarah Pustaka Damai yang bermula pada tahun 1981 di Jalan Sultan Omar. Antara buku-buku awal keluarannya adalah hasil ucapan dan ringkasan dari bekas Perdana Menteri Indonesia dan juga Prof Mohd Al-Waqil. InsyaAllah, antara buku-buku yang akan dikeluarkan seperti Aqidah Islam dan Murabbi Ummah yang mengisahkan kisah hidup dan pahit maung perjuangan seorang Bapa Pendidikan PAS, iaitu almarhum Ustaz Abu Bakar Chik.

Majlis diteruskan dengan pengenalan istitusi lain seperti SISBAKTI oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia Darusa yang menyatakan rancangan untuk Ijtima’ Lepasan Pelajar pada pertengahan tahun 2015, Cikgu Razali Mat Yunos mengenai Tahfiz Orang Kurang Upaya Penglihatan (Buta) dan saudara Roswadi Salleh mengenai Berakan Education Center (BEC). Majlis turut menjemput Cikgu Safinah Jusoh dan Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah untuk menyampaikan sepatah dua kata sebagai mengakhiri majlis.

IMG_20150212_172110[1]

14/02/2015 at 16:47 Leave a comment

Older Posts